top of page
Search

Manfaat Pekerja yang Anda Perlukan

Updated: Sep 21, 2020

Oleh Juliyana Mohd Yatim


Program Kesihatan Kewangan merupakan salah satu daripada manfaat pekerja yang sangat penting. Ketahui kepentingan program kesihatan kewangan kepada organisasi anda.

Pernah atau tidak anda terfikir alangkah bagusnya jika dapat melihat pertambahan dalam simpanan persaraan, melabur dengan penuh yakin, dapat melunaskan pinjaman ataupun mengurangkan separuh beban tekanan kewangan anda? Pastinya ramai yang mahukan ini bukan! Tapi tidaklah bermakna anda harus memiliki harta warisan yang melimpah ruah atau tiba-tiba memenangi pertandingan wang besar! Sebaliknya, rahsianya adalah tersembunyi di sebalik “manfaat” yang boleh didapatkan dari ‘employee benefit’ atau ‘manfaat pekerja’.


Kita sering mendengar manfaat pekerja seperti gaji, bonus, elaun, elaun kerja lebih masa, cuti, ‘time-off’, insuran pekerja, anugerah atau ganjaran, bantuan pelajaran dan juga latihan untuk meningkatkan kemahiran pekerja.


Namun, mungkin ada yang masih belum mengetahui “Financial Wellness Program” (Program Kesihatan Kewangan) di tempat kerja. Bila dilihat data statistik kaji selidik AKPK Financial Behaviour Survey 2018’ AFBeS’18) – kebanyakan pekerja menghadapi tekanan kewangan yang menjejaskan prestasi kerja mereka.  Jelasnya, ini satu tanda amaran yang membimbangkan dan perlu ada campur tangan untuk menangani masalah ini dengan segera.


Adakah penting Program Kesihatan Kewangan dilaksanakan di peringat daerah, negeri, sekolah atau universiti?


Secara umumnya, kebanyakan orang belajar mengurus kewangan samada hasil didikan di rumah dari contoh teladan ibu bapa ataupun dari pengalaman mereka sendiri. Namun begitu, tidak semua orang berpeluang mendapatkan kemahiran ini. Berdasarkan laporan ‘Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) menunjukkan kadar literasi (celik pengetahuan) kewangan di Malaysia adalah ditahap yang amat rendah yakni dikedudukan ke-26 dari 30 negara-negara yang terlibat dalam kajian tersebut.


Mungkin ada yang bertanya mengapa pelajaran Sejarah, Sains dengan kelengkapan komputer, makmal yang menelan belanja tinggi dan sebagainya diwajibkan. Namun tidak dapat mengadakan sejumlah peruntukan untuk pertingkatkan ilmu kewangan peribadi. Atau mungkin juga ada beranggapan sememangnya sudah menjadi tradisi bahawa hal kewangan dirasakan bersifat peribadi dan sulit untuk dibincangkan secara umum. Atau boleh jadi dalam kalangan pekerja, mereka kurang gemar dan tidak selesa berbincang dalam isu berkaitan pengurusan kewangan.


Satu kaedah yang dinamik selain ibu bapa memberi pendedahan yang baik di rumah, penekanan pendidikan ilmu kewangan di sekolah, universiti mahupun di peringkat negeri atau kebangsaan – adalah dengan melaksanakan program seumpama ini di tempat kerja. Hasilnya, program ini akan dapat merapatkan jurang kadar literasi kewangan di Malaysia dengan memperkasakan ilmu pengurusan kewangan di kalangan pekerja di setiap peringkat.

Sumber: Laporan ‘Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) 2016


Kelebihan Kesihatan Kewangan Mengatasi Cabaran Dalam Kewangan


Berdasarkan kajian AKPK, 53% rakyat Malaysia mengakui mereka sukar untuk mengadakan wang RM1000 untuk hal kecemasan. Dan 3 daripada 10 individu terpaksa meminjam semata untuk membeli barang keperluan asas.


Melihat banyak pekerja yang menghadapi kesukaran dalam kewangan – mereka memerlukan bantuan mencapai matlamat berjangka pendek seperti belanjawan, pengurusan hutang dan mengadakan simpanan kecemasan. Manakala sebagai tambahan untuk jangka panjang pula seperti perancangan persaraan. Maka, semakin banyak majikan sedar kepentingan menawarkan Program Kesihatan Kewangan adalah ‘win-win’ (situasi menang-menang) buat majikan dan pekerja – yang mampu

meningkatkan prestasi pekerja dengan meningkatnya tahap produktiviti, memuaskan hati pekerja, lebih berdaya saing dengan mengekalkan pekerja cemerlang tetap setia bersama syarikat/organisasi malah mengurangkan kos penjagaan kesihatan (healthcare).


Pendek kata, program ini akan membantu pekerja mengubah ke arah tabiat kewangan yang positif seterusnya memajukan kewangan peribadi secara progresif. Kami yakin, pekerja yang mantap kewangan pastinya menjadi pekerja yang produktif. Inilah keutamaan dalam program Kesihatan Kewangan yang menawarkan panduan nasihat kewangan yang neutral, tidak berat sebelah serta tidak bermotifkan menjual semata. Sebaliknya, melihat dengan holistik kepentingan keperluan individu (Clients’ needs first) mencapai matlamat kewangan mereka.


Hebatnya kini majikan mempunyai kaedah pilihan program Kesihatan Kewangan yang dapat memberi peluang kepada pekerja merealisasikan matlamat kewangan dipenuhi serta berdaya tahan terutamanya apabila berlaku perubahan hidup atau berdepan cabaran kewangan yang hebat.


 Dapatkah Program Kesihatan Kewangan Meningkatkan ‘ROI (Return on Investment)’?


Menurut kajian yang dijalankan oleh syarikat insurans, Prudential mengenai ‘Financial Wellness’ menunjukkan majikan mahukan program efektif yang melihat keperluan pekerja dan juga ROI (pulangan atas pelaburan).

Pendekatan Kesihatan Kewangan yang sebenar adalah:-

  1. Memberikan pendidikan kewangan samada latihan/seminar bersemuka atau webinar di atas talian,

  2. Menawarkan khidmat nasihat kewangan 1:1 dengan penasihat kewangan yang profesional dan bertauliah.

  3. Memberikan  solusi kewangan yang khusus berdasarkan keperluan individu yang pastinya berbeza mengikut keperluan mereka di waktu itu.

Keberkesanan program diukur berdasarkan penglibatan dan juga maklumbalas pekerja setelah menjalani latihan program ini. Kami mendapati hampir keseluruhan peserta program menyatakan amat penting program ini didedahkan lebih awal lagi dan sebahagian besar tidak pernah mendapatkan bantuan nasihat kewangan yang neutral. Pekerja yang memilih untuk mendapatkan nasihat kewangan akan lebih yakin dalam kewangan mereka, dapat membuat keputusan kewangan yang bijak, terhindar dari melakukan kesilapan kewangan dan sasaran matlamat lebih jelas.


Uniknya program ini boleh disesuaikan mengikut keperluan tenaga kerja sesebuah syarikat/organisasi selari dengan misi dan objektif syarikat/organisasi tersebut.

Perkenalkan kesihatan kewangan di tempat kerja


Jika ada yang merasakan isu hal kewangan adalah suatu perkara agak berat untuk dibicarakan atau diketengahkan. Anda tidak keseorangan dalam hal ini kerana anda tidak perlu menanggung beban ini sendirian. Kami sedia membantu anda dalam perkara ini.


Pertamanya, bagi syarikat yang menginginkan program Kesihatan Kewangan diwujudkan di tempat kerja, kami menggalakkan anda memulakannya dengan mengesyorkan perkara ini ke pihak Sumber Manusia. Mohon pihak sumber manusia untuk melihat program ini sebagai Manfaat Pekerja (Employee Benefit) yang juga sebahagian dari Employee Development Program (EAP) atau Program Pembangunan Pekerja.


Dengan mendaftarkan ke program ini, para pekerja akan mendapat akses bahan rujukan di hub pengetahuan MyPF beserta alat kewangan seperti kalkulator persaraan (retirement calculator) dan semestinya akses nasihat kewangan dari pakar kewangan yang bertauliah. Oleh sebab itu, samada anda meningkatkan ilmu pengurusan kewangan melalui pembacaan, penggunaan aplikasi kewangan atau dengan melantik penasihat kewangan – kesemua ini akan meningkatkan literasi kewangan anda. Oleh itu, amat penting untuk anda mengetahui kedudukan sebenar kewangan dan ini dapat dilakukan melalui sesi ‘Nadi Kewangan’ (Financial Pulse) sewaktu perjumpaan 1:1 dengan penasihat kewangan kami. Berdasarkan analisa laporan itu, anda boleh memilih apakah langkah terbaik yang seterusnya harus diambil.


Hidup ini sentiasa berubah – begitu juga keperluan kewangan. Perubahan itu boleh jadi lebih kompleks dan disitulah terletaknya betapa pentingnya perancangan dibuat. Dengan adanya sumber rujukan yang tersedia dalam pakej program ini anda dapat mengambil faedah sebaiknya. Oleh sebab itu, manfatkanlah “Manfaat Pekerja” supaya program ini dilaksanakan di tempat kerja anda.


Kesimpulan


Isu kewangan mampu mengakibatkan tekanan hebat dalam kalangan pekerja, atau memecah belahkan perhubungan keluarga akibat ketiadaan wasiat misalnya atau meruntuhkan rumahtangga kerana kebimbangan kewangan.


Gerakan program Kesihatan Kewangan mempunyai potensi untuk memberi impak positif yang mampu merubah kehidupan pelbagai lapisan masyarakat. Hai ini kerana kebanyakan pekerja memiliki kepercayaan yang tinggi terhadap majikan berbanding institusi lain. Suasana latihan yang ideal dapat mengurangkan kebimbangan pekerja untuk berbicara berkaitan hal kewangan dan akan lebih terbuka untuk mengubah tabiat kewangan yang berkualiti. Progam ini juga membuka jalan kepada pekerja yang mungkin tidak mereka perolehi di tempat lain.


Setujukah anda inilah masa yang tepat untuk laksanakan Program Kesihatan Kewangan di tempat kerja anda? 

76 views0 comments
bottom of page