Search

5 Faktor Perniagaan Perlu Menawarkan Program Sejahtera Kewangan

By Juliyana Mohd Yatim


Kesejahteraan kewangan untuk pekerja amat penting bagi memastikan mereka mampu merancang kewangan dan sekaligus meningkatkan produktiviti di tempat kerja. Ketahui beberapa faktor kepentingan program sejahtera kewangan di tempat kerja.

Hampir setengah juta penduduk di negara ini mengalami kemurungan atau simptom depresi berdasarkan statistik Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) yang dijalankan pada 2019. Rata-rata masyarakat terkesan dengan pelbagai emosi antaranya kebimbangan, ketidakpastian serta tekanan perasaan akibat perubahan hidup setelah berlakunya krisis dalam hidup. Antara krisis yang menyebabkan ketidakstabilan emosi adalah isu kesihatan, kehilangan pekerjaan, perceraian dan kekangan kewangan. Menurut tinjauan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 71% rakyat yang bekerja sendiri menyatakan bahawa simpanan kewangan yang mereka sedia ada cukup untuk 1 bulan sahaja. Sehubungan itu, AKPK telah menyediakan kaunseling kewangan dan nasihat kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19 menerusi Program Pengurusan Kredit (PPK). Program ini bertujuan melengkapkan individu untuk mengurus kewangan dengan bijak dan berbelanja mengikut kemampuan. Daripada kira-kira 315,000 individu yang mendaftar dalam PPK, 36.8% daripada mereka mengakui mereka menghadapi masalah kerana perancangan kewangan yang lemah.

Namun demikian, setiap cabaran yang berlaku pasti ada jalan keluarnya dan mampu menimbulkan kesedaran dan peluang dalam perniagaan untuk lebih berdaya tahan untuk masa depan.

Lebih 60% pekerja menyatakan bahawa Program Sejahtera Kewangan akan meningkatkan semangat untuk untuk kekal bekerja di syarikat mereka dan hampir 90% melaporkan mereka memerlukan sokongan dari Program Sejahtera Kewangan. Berikut merupakan 5 faktor syarikat perlu mengadakan Program Sejahtera Kewangan untuk meningkatkan mutu pekerjaan serta produktiviti perniagaan mereka.


#1. Meningkatkan Produktiviti Perniagaan

Tidak disangkal lagi individu yang mengalami beban kewangan akan terbawa-bawa masalah mereka ke tempat kerja. Kajian ini membuktikan bahawa 6 daripada 10 pekerja amat bimbang dengan kewangan mereka sewaktu bekerja, manakala 43% lagi berasa terbeban dengan masalah kewangan dalam waktu bekerja.Hampir 50% daripada mereka juga menyatakan produktiviti mereka akan meningkat jika tiada masalah kewangan.


Berdasarkan fakta ini, majikan perlu memainkan peranan untuk memberikan pendedahan kepada pekerja melalui Program Sejahtera Kewangan yang boleh membantu merancang kewangan dan apabila masalah kewangan sudah dapat dikawal, produktiviti kerja juga akan meningkat.

#2. Kurangkan Beban Tekanan

Tanpa perancangan kewangan, pekerja akan lebih terdorong untuk berasa tertekan. Walaupun penyebab tekanan adalah berbeza bagi setiap orang, namun ia sering dikaitkan dengan tiada perancangan serta tidak mengurus wang dengan baik. Melaksanakan Program Kesihatan Kewangan bersama perancangan kewangan adalah salah satu cara yang mampu mengalih atau mengurangkan tekanan kepada para pekerja. Melalui program ini, 7 daripada 10 pekerja mampu mengurangkan tekanan kewangan yang mereka hadapi. Apabila para pekerja belajar cara yang betul untuk merancang kewangan masa depan, mereka akan lebih memahami kaedah terbaik untuk menjaga sumber pendapatan, meningkatkan simpanan, mengetahui cara mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting dan pelbagai lagi. Kesimpulannya, pekerja akan lebih gembira dan bahagia apabila mereka mampu mengendalikan kewangan dengan lebih teratur.

#3. Pekerja Kekal Setia Dengan Syarikat

Program Sejahtera Kewangan bukan sahaja bermanfaat untuk pekerja, tetapi syarikat atau majikan juga akan semakin berkembang kerana mampu mengekalkan pekerja yang berpengalaman dan mahir.

Usaha mengekalkan pekerja mahir dan bermotivasi amat penting untuk memajukan perniagaan. Namun, jika pekerja sering bertukar atau berhenti, ia akan meningkatkan kos perniagaan hingga memberi kesan negatif terhadap semangat, visi dan perjuangan syarikat. Membina kesetiaan dalam kalangan pekerja bukan perkara yang mudah, Namun begitu, melalui sumber, kaedah dan manfaat yang diberikan oleh Program Sejahtera Kewangan kepada pekerja, ia akan dapat dicapai dengan baik. Menurut kajian, 59% pekerja bersetuju bahawa penganjuran seperti Program Sejahtera Kewangan boleh meyakinkan mereka untuk setia bersama syarikat sekarang dan besar kemungkinan akan mencadangkan program sebegini kepada majikan.

#4. Meningkatkan Fokus Semasa Bekerja

Tahukah anda, seramai 5 hingga 9 pekerja hilang 2.1 jam kerana diganggu atau terganggu? Jika dijumlah kesemuanya, akan cukup 1 hari penuh dalam seminggu. Lebih membimbangkan, pekerja yang bekerja menggunakan komputer akan terganggu setiap 10.5 minit.

Gangguan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk. Sebagai majikan, amat penting untuk anda berusaha mengurangkan gangguan negatif semasa tempoh bekerja. Ia boleh dilakukan dengan memberikan insentif atau manfaat lain dalam usaha untuk menjamin mutu kerja kakitangan tidak terjejas. Kewangan peribadi adalah gangguan yang lazim berlaku terhadap pekerja, samada semasa bekerja atau dalam kehidupan peribadi. Menyediakan Program Sejahtera Kewangan boleh membantu pekerja untuk mengurangkan tekanan kewangan dan dalam masa yang sama, meningkatkan tahap literasi kewangan pekerja serta kestabilan hidup.

#5. Mental dan Fizikal Yang Sihat

Bak kata pujangga – Sihat itu Tanda Kekayaan. Ia adalah benar untuk para pekerja dan juga syarikat. Dalam erti kata lain, kesejahteraan pekerja adalah kekayaan syarikat anda! Walau bagaimanapun, gelombang pandemik Covid-19 telah memberikan tamparan yang hebat terhadap kesihatan mental dan fizikal rakyat Malaysi. Ramai yang khuatir akan situasi keadaan kewangan semasa masing-masing. Tidak disangkal lagi, kerisauan terhadap kesukaran kewangan menjadi kegusaran utama dalam fikiran 64% individu berdasarkan kajian ini.

Kebimbangan sebegini adalah tidak sihat. Gangguan dan tekanan kewangan yang terus bemain dalam fikiran akan membawa kesan yang lebih serius terhadap kesihatan fizikal pekerja. Kerisauan melampau, keletihan dan emosi tidak stabil boleh menyebabkan individu sukar tidur, hilang selera makan dan kekurangan tenaga. Kesemua ini boleh memberikan kesan ketara terhadap prestasi kerja dan kehidupan peribadi seseorang individu. Inilah masanya untuk majikan memberi sokongan aktif bagi membaiki tahap kesihatan mental dan fizikal pekerja. Melalui Program Kesejahteraan Kewangan, syarikat akan melihat penambahbaikan yang selari dalam prestasi pekerja dan sekaligus meningkatkan produktiviti syarikat.

Bagaimana Majikan Boleh Membantu Pekerja dengan Program Sejahtera Kewangan

Pekerja adalah aset syarikat yang terbesar. Dengan melabur ke atas mereka, syarikat sebenarnya melaburkannya untuk kejayaan syarikat juga.

Sebagai majikan, adalah penting untuk anda menyediakan sumber atau kaedah yang baik untuk kebajikan pekerja. Ia menunjukkan bahawa syarikat ambil peduli dan memahami keperluan pekerja. Kejayaan yang dicapai di luar tempat kerja juga sama penting untuk kejayaan syarikat.

Wealth Vantage Advisory telah banyak membantu para pekerja mendapat manfaat daripada program Sejahtera Kewangan melalui perubahan sikap terhadap kewangan ke arah lebih baik. Melalui perancangan kewangan yang unik bagi setiap individu, kaedah yang tepat dan juga literasi kewangan membolehkan para pekerja lebih yakin untuk membawa perubahan positif dalam realiti kehidupan sebenar. Usahakan untuk mempelajari cara menghilangkan tekanan kewangan yang membebankan, meningkatkan prestasi dan membantu untuk mencapai impian mereka pada waktu ini sebagai persediaan di masa depan. Wealth Vantage Advisory siap sedia membantu syarikat memperkasakan para pekerja dengan Program Sejahtera Kewangan. Dapatkan butiran lanjut bagaimana Wealth Vantage Advisory boleh memberi nilai tambah serta manfaat ini kepada syarikat anda melalui pautan ini. About the Author: Juliyana Mohd Yatim Juliyana Mohd Yatim supports the firm in the Business Development unit. Prior joining Wealth Vantage, Julie has worked in banking, investment, and retail industry for more than 10 years. She received a BBA (Hons) in Finance from University Technology of MARA. Her current role, Julie is responsible for the firm's unique program known as FWP or “Financial Wellness Program" to be embedded as part of the Employee Development Program by turning FWP into a Growth Strategy. This task gave her a great opportunity to personalise and customise the program based on employers’ needs and prioritisation.

29 views0 comments