top of page
Search

Kos Membesarkan Anak di Malaysia

Oleh Saidah Asilah


Kos membesarkan anak-anak di Malaysia sering dibicarakan tetapi tahukah anda berapakah yang perlu diperuntukkan untuk ibu bapa setiap bulan bagi memastikan keperluan anak-anak mereka mencukupi?

Tahukah anda kos membesarkan seorang anak ketika lahir untuk ibu bapa bekerja di Lembah Klang secara puratanya mencecah hampir RM800 sebulan?


Waima, kenaikan gaji tahunan secara purata bagi individu berjawatan eksekutif di Lembah Klang adalah sebanyak RM300 setahun. Hal ini daripada pengalaman penulis dengan klien sebagai seorang Perancang Kewangan Bertauliah. Tujuan artikel ini ditulis untuk memberikan panduan kepada ibu bapa muda bekerja dalam membuat perancangan kewangan bulanan mereka. Sejurus mendapat khabar gembira bahawa mereka akan menimang cahaya mata, mereka juga disarankan telah bersedia daripada segi kewangan untuk menampung kos di luar jangka sebaik bayi mereka lahir.

Penulis telah membuat satu tinjauan ringkas di laman sosial Twitter untuk memperoleh data untuk artikel ini.


Kos Bulanan untuk Ibu Bapa Muda

Tinjauan berdasarkan 16 responden yang terdiri daripada ibu bapa di Malaysia


Kos Bulanan Menghantar Bayi ke Pusat Jagaan

Berdasarkan data di atas, sekiranya ditambah purata kos pengasuh berjumlah RM500, kos susu formula dan lampin pakai buang, kos ini boleh mencecah sehingga RM746 sebulan. Angka ini bukan sedikit. Justeru itu, tidak menghairankan jika ada ibu bapa muda yang sanggup mengambil langkah berhenti kerja atau sedaya upaya memberikan susu ibu untuk menjimatkan kos.

Kos Pendidikan anak di Prasekolah

Selepas anak mula menjejakkan kaki ke alam pra-persekolahan antara umur 4 hingga 6 tahun, kos bulanan dijangka masih kekal sama.


Kos untuk 3 prasekolah di Malaysia

Bergantung kepada aliran pra-sekolah yang menjadi pilihan, penulis telah membuat kompilasi tiga pra-sekolah yang dikenali dengan cawangannya di seluruh negara.

Ibu bapa yang memilih prasekolah untuk anak mereka mempunyai pelbagai kriteria, samada kos, jenama, atau kaedah pembelajaran yang diterapkan. Tambahan lagi, ibu bapa bekerja lebih memilih untuk menghantar anak mereka dari pagi sehingga petang.

Kos Pendidikan Anak di Sekolah


Kebanyakan ibu bapa berasa lega apabila anak mula bersekolah di sekolah rendah. Mereka mendapati yuran bulanan tidak begitu membebankan.

Kos Persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan

Merujuk kepada gambar di atas, sekiranya ibu bapa memilih untuk menghantar dan mengambil anak daripada sekolah, kos sebenar bulanan boleh dijimatkan lagi. Ia kerana, kos pendidikan sekolah kebangsaan hampir kesemuanya percuma, secara bulanan. Justeru, kos yang dipamerkan di jadual di atas setelah melibatkan wang saku atau tambang bas ke sekolah.


Walaubagaimanapun, ada juga ibu bapa yang memilih sekolah swasta kerana faktor kaedah pembelajaran yang berfokus, tidak memeningkan kepala dengan isu transit, dan jarak yang dekat. Secara perbandingan, ibu bapa boleh melihat kemampuan kewangan antara sekolah kebangsaan dan sekolah swasta.


Kos sekolah rendah swasta pada tahun pertama

Jelas perbezaan yang agak ketara dalam membuat keputusan samada untuk anak meneruskan pembelajaran di sekolah jenis kebangsaan atau swasta. Persekolahan swasta seakan menyambung dan menambah lagi kos selanjutnya sejak dari alam pra-persekolahan lagi.


Pelbagai pilihan untuk untuk ibu bapa bekerjaya, ditambah lagi dengan kos sara hidup dan inflasi gaya hidup yang sentiasa meningkat, ibu bapa disarankan untuk membuat keputusan setelah mengambil kira tahap kemampuan kewangan sepanjang tahun.

Antara kesan literasi kewangan seperti dipetik daripada Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan Malaysia 2019-2023:

  • Menjalani kehidupan yang bermakna, selesa dan stabil

  • Kesedaran ilmu, kemahiran dan tabiat yang diperlukan

  • Meningkatkan keyakinan dan kemahiran membuat pilihan yang bijak

Kesimpulan


Karakter dan matlamat setiap individu adalah berlainan. Walaubagaimanapun, keselesaan hari ini mungkin tidak berpanjangan sekiranya membuat keputusan kewangan yang salah. Buatlah keputusan yang berasaskan pandangan yang holistik, supaya mempunyai keseimbangan antara keperluan simpanan kecemasan, dana pendidikan tinggi anak-anak serta perlindungan pendapatan yang mencukupi.

Berjumpalah dengan Perancang Kewangan Bertauliah atau Licensed Financial Planner yang boleh memberikan satu pelan tindakan menyeluruh daripada analisa kewangan bersama supaya setiap keputusan yang diambil tidak berat sebelah dengan faktor emosi, favourite atau penyelidikan seorang diri yang boleh menjadi bias dalam membuat sebarang keputusan kewangan.


Apakah antara kos yang anda rasakan sangat penting untuk membesarkan anak-anak di Malaysia?


About the Author: Saidah Asilah Saidah started her career as a graduate trainee with the Securities Commission Malaysia. Then, with a deep interest in investments, she furthered her studies in MSc in International Business and Emerging Markets, graduating in 2013 from The University of Edinburgh, UK. Saidah is a Certified Financial Planner and describes herself as a multi-talented adventurer who gives a positive impact on each person she met.

241 views0 comments

Comentarios


bottom of page