top of page
Search
Writer's pictureWealth Vantage Advisory

Sejahtera Kewangan – Satu Keperluan atau Tidak?

Oleh Juliyana Mohd Yatim


Sejahtera kewangan adalah satu konsep yang membolehkan sesiapa sahaja mencapai tahap kewangan yang lebih baik menerusi pengurusan yang bijak. Ketahui 5 faktor mengapa sejahtera kewangan adalah baik untuk para pekerja

Tekanan kewangan dalam kalangan pekerja semakin meningkat. Dalam kaji selidik terkini oleh John Hancock menunjukkan kadar tekanan telah meningkat dua kali ganda semenjak pandemik Covid-19 bermula.


Data tersebut menyatakan dua pertiga individu mengalami tekanan dengan 27% daripada mereka melalui tahap tekanan yang membimbangkan. Disebabkan keadaan pandemik, ramai yang mula:

  • Menggunakan duit daripada tabung kecemasan untuk memenuhi perbelanjaan bulan (28%)

  • Meningkatkan had kad kredit untuk menampung perbelanjaan bulanan (19%)

  • Mula merasakan keadaan kewangan semakin menurun atau rendah (35%)

Apabila ditanya apakah yang dapat membantu mereka, 3/4 responden kaji selidik menyatakan bahawa program Sejahtera Kewangan yang dianjurkan oleh majikan akan memberikan kesan positif dalam menangani tekanan yang mereka hadapi.


Sebagai majikan, adakah ini merupakan satu keperluan yang perlu dipertimbangkan? Berikut adalah 5 sebab mengapa sejahtera kewangan perlu dilihat sebagai satu keperluan yang membawa manfaat untuk para pekerja.

#1. Pekerja Akan Menggunakan Khidmat yang Disediakan Melalui Program Sejahtera Kewangan.


Dalam Kaji Selidik Sejahtera Kewangan Pekerja, para pekerja telah memanfaatkannya. Berdasarkan responden yang menjawab kaji selidik, 70% menggunakan khidmat yang disediakan untuk:-

  • Persediaan persaraan (47%)

  • Kawal perbelanjaan (29%)

  • Membayar hutang (29%)

  • Simpanan (29%)

  • Pengurusan aset (29%)

  • Mengurus perbelanjaan kesihatan (18%)

#2: Pekerja yang Tertekan akan Menjejaskan Prestasi Syarikat atau Organisasi


Dengan bertambahnya tekanan kewangan, tidak disangkal lagi bahawa sebahagian para pekerja mula berasa keperitannya. Apabila tekanan kewangan ini dibawa ke tempat kerja, ia akan mengakibatkan syarikat atau organisasi terpaksa menelan belanja berjuta ringgit pada setiap tahun.

  • Separuh daripada pekerja yang berasa tertekan dan walaupun 10% daripada mereka tidak mengalami tekanan kewangan – mereka masih tetap terganggu dengan masalah kewangan sewaktu di tempat kerja.

  • Satu daripada 10 pekerja tidak hadir bekerja disebabkan kebimbangan kewangan

  • 50% pekerja yang tertekan dan 1/3 yang tidak tertekan – menghabiskan 3 jam atau lebih setiap minggu untuk menangani masalah kewangan peribadi.

  • 2 daripada 5 pekerja yang tertekan merasakan kesihatan mereka merosot berpunca daripada tekanan kewangan.

  • 35% pekerja masih belum memiliki simpanan untuk persaraan.

Dengan mengurangkan gangguan atau tekanan kewangan, para pekerja akan dapat mengurangkan masalah ketidakhadiran, malah mengurangkan kemalangan berlaku di tempat kerja serta membantu menyasarkan mereka untuk bersara pada masanya.

#3. Sejahtera Kewangan Mampu Mengurangkan Kehilangan Pekerja


Merekrut dan melatih pekerja bukanlah proses yang mudah – dan biasanya memakan kos yang tinggi. Kaji selidik yang dijalankan oleh CAP mendapati kos untuk menggaji seorang pekerja adalah di antara 16 hingga 213 peratus dari gaji tahunan, bergantung kepada tangga gaji dan tugas mereka.

  • 16% bagi perkerja yang bergaji kurang dari $30,000 setahun

  • 20% bagi pekerja yang berpendapatan $30,000 dan $50,000 setahun

  • Hingga ke kadar 213% bagi jawatan eksekutif berpendapatan tinggi

Kaji selidik yang dijalankan oleh PWC mendapati 78% yang mengalami tekanan kewangan akan lebih berminat untuk menyertai syarikat atau organisasi yang mengambil kira keadaan kesejahteraan kewangan mereka. Bagi syarikat atau organisasi yang prihatin terhadap keadaan kesejahteraan kewangan pekerja, hampir separuh pekerja akan kekal setia bersama syarikat atau organisasi tersebut.

#4. Sejahtera Kewangan Membolehkan Persaraan Pada Masanya


Persaraan yang ditunda dilihat semakin meningkat dan seterusnya akan mendatangkan kesan kewangan terhadap majikan. Data terkini menunjukkan 20% pekerja yang berumur 65 tahun masih bekerja dan 25% merancang untuk bekerja sehingga mencapai umur lewat 70 tahun.


Data daripada kaji selidik The Tenth Fidelity Plan Sponsor Attitudes Study mendapati setiap pekerja yang melangkaui kebiasaan umur bersara akan menelan kos ribuan ringgit terhadap syarikat atau organisasi setiap tahun:

  • Kos kesihatan meningkat – pekerja yang berumur 65, kos tangungan kesihatan adalah dua kali ganda dari mereka yang berumur 45 tahun.

  • Kadar produktiviti yang menurun – 1 dari 4 pekerja pekerja berumur 65 tahun dan ke atas adalah kurang produktif.

  • Kos setiap pekerja bagi tempoh 1 tahun persaraan tertunda adalah bernilai $50,000 dan terus meningkat setiap tahun.

Menyediakan program sejahtera kewangan akan menggalakkan pekerja untuk turut sama dalam perancangan persaraan dengan membekalkan info maklumat dan kemahiran membuat keputusan bijak dalam kewangan yang membolehkan mereka bersara pada tiba masanya.

#5. Sejahtera Kewangan Mampu Memberikan Pulangan yang Lebih Baik dalam Hidup


Program Sejahtera Kewangan meliputi keseluruhan skop penting daripada bajet atau belanjawan peribadi, pengurangan hutang hingga sasaran matlamat dan juga pengurusan kewangan semasa waktu krisis seperti pandemik dan bencana alam yang akan membantu untuk membina pulangan pelaburan yang kukuh kepada syarikat atau organisasi yang menawarkan program seumpama ini.


Data dari Enrich menunjukkan pekerja yang mengikuti program sejahtera kewangan akan mengalami perubahan sikap kewangan yang lebih positif:

  • 32% merasakan mereka berada dalam landasan tepat untuk mencapai matlamat kewangan

  • 28% mampu membayar baki hutang kad kredit setiap bulan tepat pada masanya

  • 27% mempunyai simpanan kecemasan antara 3 hingga 6 bulan

  • 15% mula menyimpan untuk rancangan persaraan

Peserta program sejahtera kewangan akan menunjukkan penurunan tekanan kewangan sebanyak 23% sepanjang 12 bulan. Ia seterusnya mengurangkan kadar ketidakhadiran ke tempat kerja, kos admin, cukai gaji, premium untuk menampung kos kesihatan, kemalangan di tempat kerja akibat kecuaian dan juga kos menggantikan pekerja yang berhenti.


Kesimpulan


Selain menambah manfaat kepada pekerja, program pembangunan pekerja akan dapat mampu meningkatkan produktiviti serta solusi kewangan holistik yang tidak berat sebelah kepada para pekerja. Wealth Vantage Advisory menawarkan Program Sejahtera Kewangan bagi membantu mencapai misi dan objektif syarikat dan organisasi.

Dalam keadaan baik atau kurang baik, pekerja amat memerlukan sejahtera kewangan dan berharap pihak majikan mereka akan menyediakan manfaat ini. Melaksanakannya akan membuahkan hasil win-win, kedua-dua pihak, samada majikan dan pekerja mendapat kebaikannya.


Berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Program Sejahtera Kewangan (Financial Wellness)? Lawati pautan ini.




79 views0 comments

Recent Posts

See All

コメント


bottom of page