top of page
Search

Oleh Nurul Khairiah Mohamed Yusof


Pengurusan kewangan yang berkesan daripada usia muda mampu menjamin masa depan yang lebih stabil.



Kita menggunakan wang ringgit dan kad kredit hampir setiap hari untuk sebarang urusniaga tetapi mengapa apabila bercakap tentang pengurusan kewangan, ia menjadi satu topik yang tidak suka dibincangkan?


Pendidikan pengurusan kewangan peribadi juga tidak diajar di sekolah atau institusi pendidikan lalu tiada pendedahan yang menyeluruh tentangnya.


Bagi seorang wanita yang berusia lingkungan umur 20-an, mempunyai kerjaya sendiri dan dengan pelbagai komitmen serta kehendak yang ingin dipenuhi, ia menjadi satu cabaran yang perlu ditangani dengan sebaiknya supaya tidak menyesal di kemudian hari.


Berikut merupakan 12 tip kewangan berkesan untuk wanita sebelum berusia 30 tahun:


1. Aplikasi mengurus kewangan


Gunakan aplikasi mengurus kewangan seperti Spendee (Google Play) yang membantu mengesan dan mengira setiap transaksi dan perbelanjaan. Ia juga boleh disambungkan dengan akaun bank peribadi dengan hanya membayar RM50 untuk setahun bagi mendapatkan laporan menyeluruh tentang perbelanjaan peribadi untuk setiap bulan. Kamu juga boleh merangka bajet dan melihat bagaimana perbelanjaan yang dilihat kecil mampu memberikan impak yang besar.


2. Ikuti Peraturan 50-20-30


Bahagikan wang gaji (yang sudah dipotong cukai) kepada tiga kategori iaitu keperluan, gaya hidup dan masa depan. 50 peratus adalah untuk keperluan seperti barangan dapur, utiliti dan kenderaan. Ketepikan 20 peratus untuk simpanan atau tabung persaraan dan selebihnya adalah untuk gaya hidup seperti membeli-belah, melancong, keahlian gim dan lain-lain.


3. Menikmati perkara yang memberi kepuasan diri



Jangan menyeksa diri dengan mengorbankan perkara yang menggembirakan anda seperti membeli buku penulis kegemaran atau makanan yang menyelerakan tetapi berbelanjalah dengan berhemah. Senaraikan barangan atau aktiviti yang dibuat dan kurangkan belanja pada yang paling kurang digemari. Misalnya, jika anda pergi ke gim seminggu sekali sahaja dan lebih suka berlari di luar, mungkin keahlian gim itu bukanlah sesuatu yang begitu penting untuk dibelanjakan.


4. Beri perhatian pada rancangan masa depan


Mungkin kamu merasakan terlalu awal untuk memikirkan tentang rancangan pada umur 60 tahun, tetapi ia adalah satu perancangan yang perlu dibuat seawal mungkin. Menyimpan seawal umur 20-an merupakan satu keputusan yang bijak bagi memastikan masa tua yang lebih selesa. Pastikan anda mempunyai tabung persaraan dan juga aset yang mencukupi.


5. Simpan wang lebihan belanja anda setiap hari


Jadikan satu tabiat untuk menyimpan baki wang belanja setiap hari di dalam tabung fizikal yang boleh diletakkan di dalam bilik, kereta atau di sebelah mesin basuh (ketika mengosongkan wang daripada poket seluar) .


Walaupun ia mungkin hanya sekadar wang bernilai RM1, tetapi ia mampu menjadi dana kecemasan terutamanya apabila menjelang hujung bulan sebelum menerima gaji bulanan. Misalnya, jika anda menyimpan RM5 setiap hari selama setahun, anda mampu memperoleh RM1,825.


6. Buat simpanan secara automatik



Mengaktifkan simpanan secara automatik sebanyak 15 hingga 20 peratus sebulan mampu memberikan anda lebih kawalan terhadap perbelanjaan diri. Jika ada mempunyai akaun simpanan ASB, aplikasi simpanan secara automatik boleh diaktifkan tanpa perlu risau jika terlupa untuk memindahkan wang.


7. Berbincang dengan pasangan tentang wang


Jika anda berada di dalam perhubungan, amat penting untuk berbincang dengan jujur mengenai kedudukan kewangan isi rumah daripada menyembunyikannya. Sebaiknya, tahu tentang skor kredit, gaji dan juga hutang masing-masing. Jika terdapat masalah kewangan, berusaha untuk mencari penyelesaian yang sebaiknya dengan berbincang secara baik.


8. Sediakan RM1,000 dana kecemasan


Dalam satu artikel yang dipetik dari The Star baru-baru ini telah mengeluarkan satu statistik yang mengejutkan apabila sebahagian daripada rakyat Malaysia atau 52 peratus daripadanya tidak mampu untuk mengeluarkan RM1,000 bagi hal kecemasan.


Dana kecemasan ini amat penting bagi memastikan jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini, kamu sudah mempunyai sekurang-kurang 3 hingga 6 bulan wang simpanan.


9. Tahu skor kredit kamu


Skor kredit memberikan anda penarafan berdasarkan bilangan pinjaman dan kad kredit yang telah diambil dan samada anda membayarnya semula secara konsisten. Ia juga memberikan analisis mendalam tentang semua hutang dan tabiat pembayaran semula serta menyemak jika terlepas sebarang bayaran penting.


Sejarah kredit anda disimpan dan dijejak oleh pangkalan data milik Bank Negara Malaysia, dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Rekod ini juga akan menjadi rujukan pihak bank samada anda layak atau tidak untuk mendapatkan pinjaman daripada mereka.


10. Miliki hanya satu kad kredit


Jika perlu, miliki hanya satu kad kredit sahaja yang digunakan untuk urusan kecemasan semasa anda tidak mempunyai sebarang wang tunai di tangan. Jika perlu, batalkan kad-kad lain dan pilih kad kredit yang mempunyai sejarah skor kredit yang paling lama.


11. Sediakan senarai perbelanjaan sebelum meninggalkan rumah atau melayari laman web beli-belah



Buat satu senarai yang mempunyai barangan yang harus dibeli sebelum keluar membeli-belah supaya anda tidak tersasar daripada yang sepatutnya. Jangan mudah terpedaya dengan emel atau tawaran murah dan fikir jika anda benar-benar memerlukannya. Catatkan juga barangan yang perlu dibeli dalam masa terdekat untuk digunakan dan juga barangan yang diinginkan sekian lama.


12.  Jangan takut untuk meminta kenaikan gaji


Mengikut kajian, 20 peratus wanita dewasa mendedahkan mereka tidak pernah berbincang berkenaan kenaikan gaji walaupun ia merupakan perkara yang relevan. Jika mereka meminta kenaikan, ia juga tidak banyak dan 30 peratus lebih rendah daripada rakan sekerja lelaki.


Jangan takut untuk berbincang dengan majikan anda tentangnya, terutama jika anda bekerja dalam tempoh lebih 3 tahun di syarikat yang sama. Terangkan sumbangan dan juga komitmen yang telah anda berikan kepada syarikat selama ini.


Sebagai seorang wanita yang bekerjaya, tidak mudah untuk merancang kewangan dengan berkesan terutamanya apabila sudah mempunyai komitmen dan juga tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun, dengan perancangan yang rapi dan awal, ia mampu menjamin masa depan yang lebih cerah dan stabil.


Adakah anda mempunyai kaedah tersendiri untuk mengurus kewangan secara berkesan? Kongsi dengan kami dalam ruangan komen di bawah.

Oleh Nurul Khairiah Mohamed Yusof


Pendidikan pengurusan kewangan menjadi salah satu bidang yang sepatutnya diterokai dengan lebih mendalam

Kekurangan literasi kewangan menjadi salah satu masalah terbesar di negara ini. Perkara ini dibuktikan oleh satu statistik yang dikeluarkan baru-baru ini apabila 52 peratus daripada rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan RM1000 untuk urusan kecemasan.


Apakah yang menyebabkan situasi ini terjadi?


Penyebab tahap literasi kewangan yang rendah di Malaysia


Kurang kesedaran untuk menjaga kewangan


Menurut Azizi Ali, penulis buku dan penceramah terkenal kewangan, ramai yang tahu akan kepentingan duit untuk simpanan tetapi tidak sedar akan kepentingannya.

“Mereka juga kekurangan pengetahuan tentang kewangan kerana ada antaranya yang tidak tahu bagaimana untuk menyimpan beberapa peratus daripada pendapatan mereka. Subjek kesedaran kewangan juga tidak diajar di sekolah-sekolah sekaligus menyebabkan tiada pendedahan yang menyeluruh tentangnya,” katanya kepada MyPF baru-baru ini.

Ibu bapa juga tidak boleh memberikan didikan yang sepenuhnya kerana ramai antaranya yang tidak mempunyai pengetahuan yang mencukupi.


Tidak minat untuk menjaga kewangan diri


Tidak mempunyai minat atau semangat untuk mendalami ilmu berkaitan pengurusan kewangan hingga akhirnya memakan diri pada usia tua. Apabila menginjak usia tua, penyesalan mula hadir dan tidak mudah untuk memulakannya.


Pihaknya juga percaya bahawa kerajaan juga telah mengambil langkah-langkah  yang perlu untuk menitipkan semula kesedaran tentang pengurusan kewangan diri yang berkesan.


Usaha yang telah dilakukan untuk meningkatkan tahap literasi kewangan dalam masyarakat

Azizi berkata, dia sudah menulis buku berkaitan kewangan selama 20 tahun kerana mahu berkongsi pengetahuannya yang diperoleh daripada pembelajaran kendiri.


“Semasa buku pertama saya, ‘ Jutawan Dari Planet Jupiter’ terjual lebih 200 ribu salinan kira-kira 20 tahun lalu, ramai yang bertanya kepada saya bagaimana untuk menjadi seperti yang dibincangkan dalam buku tersebut.Pada waktu itu, saya menyedari bahawa masih ramai lagi yang berada di dalam ‘gelap’ tentang kewangan mereka walaupun mempunyai gaji yang lumayan,” ujarnya.

Susulan itu, ia telah memberikan ilham kepada Azizi untuk mendidik masyarakat tentang kewangan dan bermulalah perjalanannya sebagai penulis buku dan penceramah bebas kepada organisasi dan seminar tertutup tentang kewangan.


Tiga tahun lalu, beliau berjaya memperoleh Lesen Perunding Kewangan Islam (IFP) yang diambil untuk menambah pengetahuan.


Walaupun dia tidak mempraktikkan lesen tersebut tetapi dia turut memberi panduan kepada kliennya untuk memulakan perniagaan dan juga membuat pelaburan.


Perancangan masa depan


Tidak mahu lari daripada menulis, Azizi merancang untuk menulis lebih banyak buku berkaitan kewangan pada masa akan datang.


Beliau turut berminat dengan subjek mata wang bitcoin dan kripto yang semakin popular kini. Menurutnya, tidak ramai pakar kewangan yang mahir dalam bidang tersebut dan ia merupakan salah satu cabang yang menarik untuk diterokai.


Beliau telah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Rahsia Bitcoin’ yang membincangkan dengan lebih mendalam tentang mata wang kripto itu.


Selain itu, beliau turut merancang untuk memberikan lebih banyak ceramah berkaitan kewangan terutamanya tentang mata wang kripto.


Nasihat untuk rakyat Malaysia yang mahu mengubah situasi kewangan mereka

Azizi turut memberi pesanan kepada pembaca untuk sentiasa menimba pengetahuan baru tentang pengurusan kewangan dan menyedari kepentingan wang. Belajar untuk menyimpan wang dengan berdisiplin.

“Kamu mungkin tidak menjadi insan yang paling kaya tetapi kehidupan kamu akan lebih baik jika tindakan yang betul telah diambil,” ujarnya

Tetapkan juga pelan jangka panjang bagi melihat kesan yang lebih baik dan berpanjangan.


Apakah bentuk pendidikan pengurusan kewangan yang paling berkesan untuk anda? Kongsikan dengan kami dalam ruangan komen di bawah.

By Helwa Sofni and Fateen Rosli


Feeling overwhelmed by your finances and would rather leave it to your spouse? How do you take charge on your own financial needs?



Based on recent survey by UBS in 2019, most women do not plan their own financials. Most married women would instead leave the financial responsibilities to their men. Is it wise to do so? What are the implications in the future? What are the steps that women can take on this matter?


Low Level of Financial Literacy

Do you know that financial literacy rate in Malaysia is among the lowest globally? In 2016, the Organisation for Economic Cooperation and Development (OECD) reported that the level of financial literacy rate in Malaysia was below average and ranked 26th among 30 other participating countries.According to statistics published by FENetwork, about 1 in 3 Malaysians admit to having low confidence when it comes to financial knowledge.

“Many Malaysians struggle to manage their money, making them highly vulnerable to the impact of a financial shock such as redundancy, long-term illness or even just a large unexpected bill.”

Tun Dr. Mahathir Mohamed’s message in the Malaysia National Strategy for Financial Literacy 2019-2023.


Growing sophistication of financial products and services accessed via digital channels have made financial literacy even more pertinent.


Leaving Major Financial Decisions to Spouse

Despite the low level of financial literacy in our country, most women are depending to their spouses to make major financial decisions.According to a survey published in UBS Investor Watch, women decided to let their spouses to lead on major financial decisions because:




Nonetheless, can women afford to take a back seat on this matter?In actual truth, no, women cannot afford to do so. Women have a life expectancy of about 5.1 years more compared to men; up to 77.3 years. In addition, 64% of women believes they will outlive their spouses. If women do outlive their spouses and have always relying to their spouses in making major financial decisions, how will their financial future be?


Leaving It to Circumstances

Men may be taking charge of the household’s finances. However, what if things did not go according to plan e.g. losing your job, premature death of the breadwinner, divorce happened? How can women take charge on the finances when they needed to, when they are not involved in the first place?These are the most common financial consequences due to unfamiliarity of the subject matter:


1. Unaware of Financial Status/ Not knowing own or family financial status


Normally this is due to:


1. No proper tracking of key data such as income, expenses, financial commitments;

2. No proper record of assets owned, loans owed and the updated loans balances.


The truth is, many are unsure of what assets and liabilities are in their personal context. Let alone what are their net worth value.


Not knowing your current financial situation is a big blind spot as this is the first step in managing personal finances. It is very important for women to be aware of all these and the documents whereabouts, not only in their name but if possible, including under the spouse’s name.


We never know when a time may come when we have to handle all financial matters by ourselves. It is about survival, not only to women but those who are depending on them like minor children or aging parents.


It is better to know now rather than have to dig for information and handling coping with loss? It is better to be ready rather than to be sorry.


2. Readiness for unexpected life events


When we are not aware of our current financial situation, it is a sign that we are unaware of our financial exposure. In other words, how ready are we to respond to unexpected major life events such as premature death of the breadwinner. It is common to have financial commitments and debts. Common debts include property mortgage, credit card debt, car loan, personal loan and study loan.


You need to quantify whether your existing assets or existing insurance coverage are enough to cover these commitments when eventualities strike to your family. Do note that non-liquid assets which may takes longer to process as compared to your liquid assets. This is crucial because regardless whatever happened, it is always our wish that disruptions are at minimal level as possible.


To achieve this, you can begin with having a list of summary of your existing policies coverage for respective events such as death, total permanent disability (TPD) or Critical Illnesses (CI). Do include the coverage provided by your company, if there is such. It is also important to take note on the coverage period for each policy.


In the case that you are solely depending on your husband, it is critical to understand this as surviving wife, and assume the role as the backbone of the family.


Being Risk Averse

In general women are normally an averse risk taker. The above statistics show women tend to leave it to their spouse to decide on major financial decisions as women tend to take care more on household chores and work.


In addition, women usually earn lesser and start to invest later than men. As a result, this may lead to potential loss of opportunity to earn better returns and there is a risk of insufficient funding for post-retirement period. This issue is crucial knowing the fact women live longer than man.


Therefore, a basic understanding on your risk tolerance, investment decision, and investment options are essential information that every woman need to have.


1. Splurging Your Income


At early stages of working life, many tend to delay the habit of saving. Most reasons are given such as insufficient salary or that will start saving later when one’s salary is higher. However, in real life many people tend to increase lifestyle spending when they get a salary increment or promotion.


There are also women who spends their salary only for their own and the kids, as the spouse will take care of other financial matters. As the purchasing power is more, they tend to overlook on the importance of savings. This has led to a very risky situation whereby you need to adjust your lifestyle if you are unprepared to the unforeseen circumstances which is not easy to deal with. Also as a parent, you are setting a precedent of lifestyle spending for your children.


The right way is to start saving early. No matter how small the amount, it is easier and beneficial to kick-start the saving habit compared to delaying. Consistent small saving can grow to become substantial over a period of time.


2. Unaware of administrative procedures and related cost when death happened


Today’s life arrangements are more complicated than during our parents or grandparents time. For example, it is becoming more common to find both husband and wife taking joint long-term debt commitments together but the asset (i.e. property) is only under one spouse’s name.


Many people do not know how to start estate administration procedure. Where to go, who can advise and what are the associated costs are some of the questions that come up. Inefficiency can be very costly to deal with. Being unprepared, beneficiaries are expected to deal with a lengthy process and in some cases dealing with disputes among beneficiaries.


Proper estate planning while you are alive will enable your beneficiaries to expedite the process and manage associated costs better. Thus, your hard-earned money can reach your beneficiaries as per your intended wishes rather than being frozen. This is of upmost important especially when you have minor children or are depending on a single income earner.


Taking Charge


Women tend to be the most severely affected because of unfamiliarity of their personal finances. It is essential that women take an active interest and more involved in planning their finances.


1. We have various life priorities but very limited financial resources.


It is important to note that cash flows management is the heart of managing your personal finances. Elements of budgeting, keeping track spending and differentiate “needs vs. wants” are among the key essentials. Women may also spend more on luxury products such as handbags, clothes and beauty products.


2. Aligning your needs with resources


Everyone’s financial needs and commitment change at different phases of life. Most people tend to enjoy during earlier phases of working life. However, it is important to realise that there will be peak time throughout that lifeline where one’s expenses are at the max. One’s ability to anticipate and be prepared of this will help not only to manage the situation but reduce stress.


3. Beating inflation


Over the time we notice things just get more expensive. A piece of roti canai today priced more then what it was 5 or 10 years ago. In other word we call this inflation. But the next question is what do we do to ensure our money work harder and can beat inflation? In many cases majority women only look at salary raise or promotion instead of to equip self with relevant investment knowledge.


All women should have this goal regardless of your marital or work status. It would be even better if this goal can be set together with your spouse or family members.


The ultimate key point for women is to improve on financial literacy. This is the best investment for yourself. Know own current financial situation and start to initiate own financial goals are also important. You can read Next 6 Steps for Setting Your Financial Goals in setting up goals.


Additionally, you may seek professional advice for example, a Licensed Financial Planner can help you on this. It is very important to choose a good, qualified licensed planner, who will help you to improve your knowledge and explain the suitable unbiased recommendation to you.


A Value Addition to the Family

Each one of us are responsible to our own financials. You matter, equally as important as your financials. Thus, take heed and act upon your financials now for a better promising future for you and your loved ones. As Arese Ugwu quoted,

“A woman becoming financially independent does not equate to ‘I don’t need a man’. It just means she brings more to the table. Instead of being a financial burden, she becomes a value addition. Her success does not take away from his success. The pie they share just becomes bigger.”

Own your worth. Take control of your financial well-being. Live a peaceful and comfortable life now and for the future.


Sources:


1. UBS Investor Watch, Singapore Insights, 2019 Volume 1

2. Malaysia National Strategy for Financial Literacy, 2019-2023

3. Abridged Life Tables, Malaysia, 2017-2019Smart Money Arese – The Smart Money Woman


Helwa and Fateen both previously working in oil & gas industry before decided to leave the workforce and pursuing a career as Licensed Financial Planner with WVA.


They believe it’s about managing own expectations and emotions. Having the confidence and capability to manage own finances are essential life attributes to attain and sustain a good quality of life for women.


So what do you think about this? Do share with us your comments in section below.

bottom of page